This campaign is now closed.
Malaysia: Hentikan penghapusan kesatuan pekerja di Edgenta UEMS
Dalam kerjasama dengan Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan ``Semenanjung Malaysia (NUWHSAS). Mereka adalah sebuah kesatuan nasional yang mewakili semua pekerja pembersihan yang``diupah oleh syarikat konsesi swasta yang menyediakan perkhidmatan pembersihan di semua Hospital Kerajaan di Malaysia. |
UEM Group Berhad, sebuah syarikat berkaitan kerajaan Malaysia (GLC), melalui anak syarikatnya, Edgenta UEMS, kini terlibat dalam kempen penghapusan kesatuan yang kejam dan agresif, mensasarkan pekerja barisan hadapan seperti pembersih hospital dan pegawai kesatuan tempat kerja mereka sendiri sebagai mangsa.
Sejak awal tahun 2020, petugas kebersihan hospital menghadapi masalah kegiatan pemerasan dan penghapusan kesatuan pekerja yang meluas di semua hospitalnya, seperti perubahan waktu kerja pekerja dan peralihan shif secara mengejut,tanpa persetujuan terlebih dahulu dari pekerja. Pekerja yang aktif dalam kesatuan juga telah dihukum dengan sewenang-wenangnya, dengan dipindahkan ke hospital yang jauh dari tempat tinggal mereka. Pekerja juga dipaksa bekerja lebih lama tanpa gaji lebih masa..
Syarikat itu menghalang kegiatan kesatuan dengan melarang apajua perjumpaan dikalangan pekerja di tempat kerja walaupun pada waktu rehat yang sah dan juga
mengancam tindakan tatatertib terhadap pegawai kesatuan pekerja jika berbuat demikian. Mereka juga mengamalkan diskriminasi terang-terangan terhadap anggota kesatuan pekerja, dengan tidak memberikan mereka untuk bekerja lebih masa untuk meningkatkan pendapatan mereka. Terdapat gangguan dan intimidasi lisan yang berterusan oleh penyelia Edgenta UEMS terhadap jawatankuasa tempat kerja kesatuan. Kerap kali penyelia syarikat mengugut dengan mengatakan bahawa kesatuan tidak dibenarkan wujud di bawah pengurusan Edgenta UEMS.
Pekerja juga tidak dibekalkan dengan peralatan PPE yang yang secukupnya, kerana pekerja pembersih , yang kerja manual , memerlukan PPE facemasik yang lebih kerana berpeluh dan sebagainya. .
Bekalan yang tidak mencukupi menjadikan mereka berisiko besar mendapat jangkitan. Pembersih wad Covid juga tidak diberikan penutup muka ( face shield) . Sarung tangan juga tidak mencukupi. . Edgenta UEMS juga telah menghentikan perkhidmatan pengangkutan bersubsidi bagi pekerja untuk berulang-alik ke tempat kerja, menyebabkan kesulitan dan kos tambahan kepada para pekerja.